Friday, 4 December 2015

PENGENALAN ILMU TARANNUM AL-QURAN

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama,
yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi.
Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar
bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang
membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and
humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan 
yang baik.

Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau
kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama
tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah:

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.


Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang
yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak
berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni
bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.


Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran kerana
bersempena sepotong hadis Rasulullah iaitu:

(ما أذن ال لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن. (رواه البخارى
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".

No comments:

Post a Comment